TAKLIMAT VERIFIKASI DATA EMIS/SMPP BERAKHIR 30 APRIL 2009
Written by JAWAHIR NOORDIN - Pegawai Khas Maklumat
Tuesday, 28 April 2009
Taklimat Verifikasi Data EMIS/SMPP berakhir 30 April 2009 berkenaan akan diadakan pada 4 hingga 7 Mei 2009 bertempat di Sekolah Kebangsaan Iskandar, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah. Guru-Guru Pengurusan Data & Maklumat di semua sekolah dikehendaki hadir mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Guru-Guru Pengurusan Data & Maklumat (GDM) juga dinasihatkan supaya memuat turun 3 (tiga) aplikasi untuk tujuan semakan data yang telah dikemaskini di peringkat sekolah masing-masing dengan menggunakan utiliti Online --> Muat Turun --> Dokumen Taklimat(sila log in sebagai user dahulu).
Untuk mendapatkan surat panggilan dan jadual taklimat bagi sekolah-sekolah, sila buat capaian ke Surat Dari PPD (log in sebagai user dahulu).
Last Updated ( Thursday, 30 April 2009 )
SIMPOSIUM KEIBUBAPAAN DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2009
Written by JAWAHIR NOORDIN - Pegawai Khas Maklumat
Sunday, 26 April 2009
Majlis Permuafakatan Pendidikan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam Daerah Kota Setar akan mengadakan Simposium Keibubapaan Daerah Kota Setar pada hari Khamis, 30 April 2009 jam 8.00 pagi yang bertempat di Dewan SMK Pokok Sena.
Bagi SMK/SMKA/SABK, Pengetua dijemput hadir bersama seorang guru disiplin dan tiga orang AJK PIBG dalam kalangan waris. Manakala bagi SK/SJKC/SJKT pula, Guru Besar dijemput hadir bersama seorang guru disiplin dan dua orang AJK PIBG dalam kalangan waris ke program tersebut.
Majlis yang akan turut dihadiri oleh Tuan Haji Menteri bin Abdullah, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Setar itu akan dimuatkan dengan sesi ceramah yang akan disampaikan oleh Ketua Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar serta forum khas bertajuk "Bertuahnya Menjadi Ibu Bapa" yang mengundang panelis dari Universiti Utara Malaysia dan Jabatan Mufti Negeri Kedah.
Last Updated ( Monday, 27 April 2009 )
PENCALONAN KAJIAN TINDAKAN
Written by Admin
Sunday, 19 April 2009
Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar akan meneruskan pelaksanaan Kajian Tindakan di sekolah-sekolah demi untuk melonjakkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum serta pengurusan sekolah. Bagi membantu guru-guru melaksanakan kajian tersebut, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar akan mengendalikan satu Bengkel Kajian Tindakan pada 6 dan 7 Mei 2009 nanti. Pihak sekolah atau guru-guru bolehlah mencalonkan/memohon bagi mengikuti bengkel tersebut melalui Borang Pencalonan Online dalam Portal PPD Kota Setar sebelum atau pada 29 April 2009.
Sebarang masalah berhubung perkara di atas bolehlah menghubungi En.Amry bin Abdul Latib @ Omar, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Kemanusiaan) di talian 04-7335243 ext.145.
Layari prosedur berkaitan Pelajaran Prasekolah, Pelajaran Rendah, Pelajaran Menengah, Pengajian Prauniversiti, Pendidikan Khas, Pendidikan Swasta, Perguruan, Peperiksaan, Bantuan Kewangan dan Khidmat Pelanggan
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah lihat disini atau menghubungi talian berikut: