Perhatian kepada GPM sekolah-sekolah daerah Kota Setar
Tuan/puan boleh mendapatkan borang IQPSS dari emel sekolah masing-masing. Sila lengkapkan borang tersebut sebelum mengisi data IQPSS secara online bagi mengelakkan kesilapan.
Berikut adalah beberapa keputusan hasil Mesyuarat Pengurusan JPN-PPD Bil.2/2010 bertarikh 8 Mac 2010 untuk diambil tindakan oleh semua Pengetua dan Guru Besar :-
1. Waktu mengajar bagi seseorang Guru Media di sekolah ialah 6 hingga 8 waktu seminggu dan ianya hendaklah dipatuhi. Pihak sekolah diingatkan supaya tidak melantik Guru Data atau Guru Media dalam kalangan guru-guru yang bilangannya dalam keadaan kritikal.
2. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memaklumkan bahawa masih terdapat segelintir Pengetua/Guru Besar yang menulis surat terus kepada setiausaha politik menteri atau ahli-ahli politik bagi pelbagai tujuan seperti memohon peruntukan pembangunan. Tindakan ini tidak dibenarkan sama sekali dan sebarang permohonan mestilah melalui PPD dan JPN untuk tujuan penyelarasan.
Sekian, harap maklum.
Last Updated ( Wednesday, 14 April 2010 )
CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA
Written by Admin
Tuesday, 06 April 2010
Tuan Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-sekolah yang bercadang dan telah diluluskan untuk persekolahan ganti pada 10/04/2010 (Sabtu)bagi mengambil cuti ganti pada 13/09/2010 sempena Aidil Fitri dipohon menangguhkannya terlebih dahulu sehingga Surat Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa terkini dikeluarkan.
Layari prosedur berkaitan Pelajaran Prasekolah, Pelajaran Rendah, Pelajaran Menengah, Pengajian Prauniversiti, Pendidikan Khas, Pendidikan Swasta, Perguruan, Peperiksaan, Bantuan Kewangan dan Khidmat Pelanggan
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah lihat disini atau menghubungi talian berikut: