PERHATIAN UNTUK PENGETUA. SEMAKAN GPS DAN RANKING SEKOLAH MENENGAH
Mulai jam 12 tengah hari, 19 Mei 2010, semua sekolah menengah boleh menyemak GPS UPSR, PMR, SPM, PGNK STPM dan SKOR SKPM serta KEDUDUKAN (RANKING) sekolah masing-masing.
Tarikh akhir sekolah menengah untuk memaklumkan sebarang perubahan GPS UPSR, PMR, SPM, PGNK STPM dan SKOR SKPM serta KEDUDUKAN (RANKING) sekolah masing-masing adalah pada ATAU sebelum 24 Mei 2010 jam 5:30 petang.
Untuk makluman, pihak sekolah WAJIB mengesahkan SEMAKAN wajaran GPS dan Skor SKPM atas talian.
Untuk makluman, mulai 31 Mei – 4 Jun Tuan/Puan adalah dipohon untuk memasuki laman sesawang NKRA-Pendidikan bagi mencetak dan menandatangani perakuan Tawaran Baru. Satu (1) salinan perakuan Tawaran Baru hendaklah dihantar ke PPD masing-masing pada atau sebelum 11 Jun 2010.
Pegawai-pegawai yang boleh dihubungi berkaitan perkara di atas adalah seperti berikut:
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Guru Kebangsaan telah memutuskan bahawa Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah akan disambut secara serentak di seluruh negara pada hari Ahad, 16 Mei 2010.
Sehubungan itu, semua Pengetua/Guru Besar dikehendaki menyambut Perayaan Hari Guru di sekolah masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan. Pihak sekolah disarankan agar melibatkan semua warga sekolah , AJK PIBG, ibu bapa dan masyarakat setempat dalam acara sambutan yang diadakan.
SPPICTS
Written by Mohd Hairi B. Suhaimi_PKG Alor Janggus
Sunday, 09 May 2010
Ucapan terima kasih di atas komitmen sekolah-sekolah kelompok PKG Alor Janggus di dalam melengkapkan data SPPICTS.
Layari prosedur berkaitan Pelajaran Prasekolah, Pelajaran Rendah, Pelajaran Menengah, Pengajian Prauniversiti, Pendidikan Khas, Pendidikan Swasta, Perguruan, Peperiksaan, Bantuan Kewangan dan Khidmat Pelanggan
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah lihat disini atau menghubungi talian berikut: