Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar akan mengadakan majlis ceramah dan dialog bersama Ketua Audit Sekolah Negeri Kedah seperti ketetapan yang berikut :-
Tarikh : 15 November 2009 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat, SMK Convent
Tujuan utama program ini adalah untuk mendapatkan input daripada pihak Audit Sekolah serta sesi dialog bersama Ketua Audit Sekolah mengenai pengauditan akaun sekolah. Usaha ini dijangka akan melicinkan lagi pengurusan kewangan di sekolah masing-masing.
Sehubungan itu, semua Pengetua sekolah-sekolah daerah Kota Setar diminta hadir ke sesi dialog tersebut.
PENJELASAN MENGENAI ISU-ISU URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPPS SECARA TIME-BASED
Written by Admin
Wednesday, 11 November 2009
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima banyak pertanyaan dan rayuan daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) berhubung urusan kenaikan pangkat secara 'Time-Based' dari Gred DG41 ke Gred DG44 Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi bekas Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Lepasan Diploma (ex-PPPLD).
Terdapat lima isu utama yang sering dibangkitkan oleh PPPS tersebut. Sehubungan itu, surat daripada Pejabat Timbalan setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pelajaran Malaysia memperjelas isu-isu yang dibangkitkan untuk dihebahkan kepada pegawai-pegawai di bawah penyeliaan masing-masing dan tindakan selanjutnya.
Sila dapatkan surat tersebut melalui Surat Dari PPD (login sebagai user dahulu).
Memori Kursus Rakan Pembimbing Organisasi, JPN 2009
Written by Mohd Azit Selamat_Kaunselor Pentadbir, PPDKS
Tuesday, 10 November 2009
Kursus Rakan Pembimbing Organisasi (RAPO), JPN 2009 telah berlangsung pada 2 hingga 4 November 2009, bertempat di SP Inn, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Kepada peserta kursus yang ingin mendapatkan slide presentation "Memori Kursus Rakan Pembimbing Organisasi , JPN 2009 ", yang disediakan oleh En. Mohd Azit Bin Selamat, bolehlah mendapatkannya melalui:
Muat Turun ---> Dokumen Taklimat --->Memori Kursus Rakan Pembimbing Organisasi , JPN 2009
Layari prosedur berkaitan Pelajaran Prasekolah, Pelajaran Rendah, Pelajaran Menengah, Pengajian Prauniversiti, Pendidikan Khas, Pendidikan Swasta, Perguruan, Peperiksaan, Bantuan Kewangan dan Khidmat Pelanggan
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah lihat disini atau menghubungi talian berikut: