|
PENILAIAN BERASASKAN PENCAPAIAN (PERFORMANCE BASED OUTCOME) Objektif Meningkatkan bilangan Pengetua/Guru Besar yang cemerlang ke arah peningkatan kualiti sekolah ke tahap yang lebih tinggi.Meningkatkan kualiti pendidikan bagi membangunkan modal insan yang holistik dan memiliki minda kelas pertama demi pembangunan negara. School leaders have a significant impact on pupils outcomes… - Sebagai kepimpinan instruksional
- Sebagai agen perubahan utama
- Sebagai penjana persekitaran pembelajaran yang teratur dan berdayasaing
To improve the overall quality of pupil outcomes by improving performance of Head Teachers in Malaysia ASAS PENILAIAN PENGETUA/GURU BESAR - berkhidmat di sekolah yang sama sekurang-kurangnya bagi tempoh melebihi enam bulan.
berdasarkan pencapaian di sekolah yang sebelumnya sekiranya pengetua/guru besar yang bertukar ke sekolah yang baru bagi tempoh yang kurang daripada enam bulan. Prasyarat sekiranya Layak Menerima Ganjaran: - Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 90%;
- Laporan Audit Tanpa Teguran;
- Pencapaian LINUS murid Tahun Satu melebihi tahap yang ditetapkan;
- Bebas daripada tindakan tatatertib dan
- Diperakui oleh Panel Penilai.
Ganjaran Kewangan Pengetua/Guru Besar yang mencapai melebihi Sasaran (ET) akan diberikan ganjaran berbentuk kewangan pada tahun semasa penilaian DAN; Guru-guru juga layak menerima ganjaran kewangan mengikut agihan peratus ganjaran yang diperuntukkan berdasarkan ranking markah LNPT. Ganjaran Bukan Kewangan Ganjaran bukan kewangan juga diberi kepada Pengetua atau Guru Besar yang telah mencapai ET dalam tempoh tiga tahun berturut-turut iaitu: - Kenaikan pangkat kepada satu gred yang lebih tinggi;
- Program sandaran di institut dalam dan luar Negara; dan
- Sijil penghargaan akan diberikan kepada pengetua/guru besar yang berjaya mencapai ET bagi tahun penilaian semasa.
- Dicadangkan untuk penerima Anugerah Pingat Kebesaran
Program Pembangunan Prestasi (PPP) Program PPP disediakan untuk Pengetua/Guru Besar yang Tidak Mencapai Sasaran (BT) bagi tempoh yang ditetapkan. RANKING PENCAPAIAN SEKOLAH: GPS (70%) + SKPM (30%) = SKOR KOMPOSIT Pencapaian kesemua 9,924 sekolah akan disusun dan dihebahkan pada setiap tahun di mana pencapaian sekolah yang terbaik dan lemah dapat dikenalpasti. Tawaran Baru (New Deal) Kepada Pengetua Dan Guru Besar Berdasarkan Penilaian Berasaskan Pencapaian (PERFORMANCE BASED ASSESMENT) …merupakan satu usaha baru kerajaan untuk memberi ganjaran kepada Pengetua/Guru Besar yang berupaya meningkatkan kecemerlangan sekolah berdasarkan satu kontrak perjanjian atau Bai’ah di antara pengetua dan guru besar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui kepimpinan sekolah yang berkualiti, adalah diharapkan agar pembangunan modal insan kelas pertama dapat dijana sehingga ke persada antarabangsa. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JAWATANKUASA SUB-NKRA UNIT PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PENCAPAIAN SUB-NKRA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI Phone: 03-88844171 03-88844227 03-88844263 Fax: 03-88844192 |