|
URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP SISWAZAH GRED DG41 KE GRED DG44 |
|
Written by AZHARI BIN ABDUL RASHID-PEN.PPD PENGURUSAN SEKOLAH
|
|
Wednesday, 12 November 2008 |
|
Kementerian Pelajaran Malaysia sedang melaksanakan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 ke DG44. Bagi urusan ini, pegawai yang akan dipertimbangkan ialah mereka yang telah dilantik ke PPPS DG41 melebihi 5 tahun. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Encik Jasni Md. Kechik, Unit Penyeliaan Sekolah Menengah (bagi pemohon-pemohon dari sekolah menengah) dan Tn. Hj. Yosri b. Yusof, Unit Penyeliaan Sekolah Rendah (bagi pemohon-pemohon dari sekolah rendah), Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman pada atau sebelum 14 November 2008. Sekian, harap maklum. |
|
Last Updated ( Wednesday, 12 November 2008 )
|
|
|
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2008 |
|
Written by ZAIKIMI BIN ABDULLAH - Pen. PPD Unit Peperiksaan
|
|
Monday, 10 November 2008 |
|
Dimaklumkan bahawa keputusan UPSR 2008 akan diumum dan diedarkan kepada semua sekolah seperti ketetapan berikut : Tarikh : 13 November 2008 Tempat : SK Taman Rakyat , Alor Setar. Kedah Masa : 8.30 pagi Sekian, harap maklum. Penolong PPD Peperiksaan, PPD Kota Setar. |
|
Last Updated ( Monday, 10 November 2008 )
|
|
|
BENGKEL PELAPORAN LDP 2008 DAN PERANCANGAN LDP UNTUK TAHUN 2009 BAGI SETIAUSAHA LDP SEKOLAH |
|
Written by SAADON BIN NAYAN_PEN. PPD Teknik & Vokasional
|
|
Saturday, 08 November 2008 |
|
Bengkel Pelaporan LDP 2008 dan Perancangan LDP 2009 bagi Setiausaha LDP sekolah bagi kumpulan sekolah PTJ daerah Kota Setar akan diadakan pada 9 hingga 11 November 2008, di Hotel Hydro Majestic, Pulau Pinang. Manakala bagi Setiausaha LDP bagi kumpulan sekolah bukan PTJ akan diadakan di Resort Safira Country Club, Seberang Jaya pada 12 hingga 14 November 2008. Setiausaha LDP sekolah dikehendaki hadir dengan membawa bersama-sama Borang A, Borang B, Borang C dan senarai nama semua guru dengan nombor Kad Pengenalan bagi sekolah masing-masing. |
|
Last Updated ( Saturday, 08 November 2008 )
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
| Results 1 - 4 of 6 |